Kebenaran Janji Rasulullah (s.a.w)

KEBENARAN JANJI RASULULLAH (S.A.W)

       Setelah menerima perintah ALLAH supaya berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Rasulullah (s.a.w) telah keluar dengan ditemani oleh Abu Bakar al-Sidiq secara senyap-senyap dari Kota Mekah bagi mengelakkan ancaman kaum Quraisy terhadapnya.

       Apabila kaum Quraisy menyedari bahawa Rasulullah (s.a.w) dan Abu Bakar al-Sidiq telah terlepas dari kepungan mereka lantas para pembesar Quraisy menawarkan ganjaran berupa 100 ekor unta kepada sesiapa yang menjumpai Rasulullah (s.a.w) dan membawanya kembali semula ke Kota Mekah.

       Antara pahlawan Quraisy yang berjaya menjejaki Rasulullah (s.a.w) adalah Suraqah Bin Malik. Tetapi berlaku kejadian pelik dan aneh apabila setiap kali beliau cuba menghampiri Rasulullah (s.a.w) dimana beliau dan kudanya jatuh tersungkur ke tanah sedangkan di hadapanya tiada sebarang halangan yang boleh menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

       Suraqah terus mencuba bagi menghampiri Rasulullah (s.a.w) dan Abu Bakar al-Sidiq tetapi pada kali ini kudanya terhenti secara tiba-tiba dan didapati keempat-empat kaki kudanya telah terbenam dan tertanam di dalam pasir. Pada waktu yang sama asap tebal mula menyeliputi kawasan persekitaran. Dengan perasaan takut Suraqah menjerit: “Aku Suraqah bin Malik…..Pandanglah kepadaku…..bahawasanya aku bercakap kepada kamu. Demi ALLAH aku tidak meragui kamu dan aku tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan dan kecelakaan kepada kamu”. Maka Rasulullah (s.a.w) berkata kepada Abu Bakar: “Wahai Abu Bakar, kau tanyakan kepadanya. Apakah yang dia mahu daripada kita ?”. Lantas Abu Bakar mengajukan persoalan tersebut kepada Suraqah Bin Malik. Suraqah berkata: “Tuliskan satu perjanjian sebagai bukti di antara engkau dan aku”. Maka Rasulullah (s.a.w) mengarahkan Abu Bakar al-Sidiq menuliskan satu perjanjian di atas sekeping kulit kambing dan kemudian menyerahkanya kepada Suraqah. Sejurus itu, Rasulullah (s.a.w) berkata: Bagaimanakah engkau wahai Suraqah sekiranya engkau memakai mahkota Kisra Bin Hurmuz (Pemerintah Empayar Parsi) ? Dalam keadaan tercengang dan terperanjat Suraqah bertanya: “Mahkota Kisra Bin Hurmuz ?”. Rasulullah (s.a.w) Menjawab: “Ya, Mahkota Kisra Bin Hurmuz”.

       Setelah itu, Suraqah telah membatalkan niatnya untuk menangkap Nabi Muhammad (s.a.w) dan kembali ke Mekah dengan satu perasaan yang sangat teruja: “Aku memakai pakaian kemegahan dan mahkota Kisra Bin Hurmuz. Akan tetapi adakah beliau (s.a.w) akan menunaikan janjinya ?”.

       Beberapa tahun telah berlalu Rasulullah (s.a.w) bersama tentera Islam telah berjaya membebaskan Kota Mekah dari amalan syirik dan khurafat. Pada ketika itu Suraqah telah cuba untuk bertemu dengan Rasulullah (s.a.w) tetapi telah dihalang oleh para sahabat baginda (s.a.w). Lantas beliau mengeluarkan serta menjulang surat perjanjian di antara beliau dan Rasulullah (s.a.w) sambil berkata: “Wahai Rasullah….ini perjanjian engkau dan aku Suraqah bin Malik”. Rasulullah (s.a.w) berkata: Wahai Suraqah datanglah kepadaku…..sesungguhnya hari yang dijanjikan pasti tiba”. Maka Suraqah datang menghampiri Rasulullah (s.a.w) dan mengistiharkan keislamanya di hadapan Rasulullah (s.a.w).

       Selang beberapa bulan kemudian Rasullah (s.a.w) telah kembali menemui tuhanya dan Suraqah teramat sedih di atas kewafatan Rasulullah (s.a.w). Timbul persoalan difikiranya: “Aku memakai mahkota Kisra……dan sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) telah menemui Tuhanya…..bagaimanakah beliau (s.a.w) hendak menunaikan janjinya ?”.

       Setelah Umar al-Khatab memegang jawatan khalifah Islam menggantikan Abu Bakar al-Sidiq wilayah Islam diperluaskan. Pertempuran yang hebat berlaku di al-Qadisiyah di antara tentera muslimin dan tentera Parsi yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Setelah pintu istana Kisra dipecahkan dan rampasan perang dikumpulkan, Umar al-Khatab memerintahkan agar Suraqah Bin Malik dipanggil untuk dipakaikan mahkota Kisra berserta persalinan diraja Parsi. Suraqah dengan linangan airmata berkata: “Wahai kekasih ALLAH, walaupun engkau telah tiada di dunia, namum engkau tetap menunaikan janjimu kepadaku. Walaupun engkau tiada engkau tetap membenarkan janjimu”. Tentera muslimin yang menyaksikan peristiwa tersebut turut digenangi air mata sambil mereka melaungkan perkataan “ALLAHU AKBAR”!.

Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui Segalanya.

 

      

About these ads

~ oleh ashabulmuslim di Mei 29, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: