KISAH NABI SALEH ALAIHI SALAM

Nabi Saleh (a.s)

       Nabi Saleh (a.s) diutuskan kepada kaumnya iaitu kaum Thamud untuk menyeru mereka supaya menyembah ALLAH yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan berhala.

       Nabi Saleh (a.s) telah menyeru kaumnya dengan berkata: “Wahai kaumku ! Sembahlah kamu akan ALLAH, sesungguhnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkanya. Oleh itu, minta ampunlah kepada ALLAH dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan mengesakanNya”.

      Mereka (Kaum Thamud) menjawab: “Wahai Saleh ! sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami ? Sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”.

       Kaum Thamud mempunyai kemahiran dalam ilmu pertukangan sehingga mampu memahat bukit-bukit batu menjadi kediaman mereka. Atas kesombongan mereka terhadap ALLAH dan utusanNya (Nabi Saleh a.s) mereka telah meminta supaya Nabi Saleh (a.s) supaya mengeluarkan seekor unta dari celahan lubang batu yang kecil sebagai membuktikan bahawa beliau adalah benar-benar utusan ALLAH.

Lalu ALLAH mengeluarkan seekor Unta Betina dari celahan batu tersebut sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata. Dan Nabi Saleh (a.s) telah berpesan kepada kaumnya “biarkanlah unta itu mencari makan di bumi ALLAH, dan janganlah kamu menyentuhnyan dengan sesuatu yang menyakitinya. (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya. Hendaknya kamu mematuhi perintah ALLAH dan menjauhi laranganNya”.

Dengan keangkuhan mereka telah menyembelih unta tersebut dan kemudian mereka berkata kepada Nabi Saleh (a.s): “Wahai Saleh ! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau ini dari rasul-rasul yang diutus ALLAH”.

Nabi Saleh (a.s) menjawab: “Bersenang-lenanglah kamu hingga ke suatu waktu yang termaklum”.

Selang tiga hari kemudian pada waktu pagi seluruh kaum Nabi Saleh (a.s) telah dibinasakan oleh ALLAH dengan petir yang amat dahsyat sehingga perkampungan kaum Nabi Saleh (a.s) telah menjadi padang jarak padang terkukur. Manakala Nabi Saleh (a.s) dan pengikut-pengikutnya yang beriman kepada ALLAH telah terselamat kerana ALLAH telah memerintahkan kepada malaikat supaya membawa mereka keluar dari perkampungan tersebut.

Sekian.

ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.

 

~ oleh ashabulmuslim di Mei 29, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: