Pemikiran Yang Perlu Diperbetulkan

PEMIKIRAN YANG PERLU DIPERBETULKAN

       Wujudnya aliran pemikiran yang menyeleweng di kalangan segelintir umat Islam pada kebelakangan ini merupakan suatu fenomena yang amat membimbangkan. Penulisan ini bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan atau kekeliruan pemikiran yang bercanggahan dengan akidah Islam yang suci agar dapat memperolehi kehidupan yang tenteram dan harmoni di dunia dan di akhirat.

DOSA UMPAMA PAHALA.

       Pemikiran atau pemahaman terhadap penafian wujudnya dosa dan pahala telah pun menular di kalangan segelintir masyarkat Islam. Justeru itu, ungkapan seperti “you fikir orang tak sembahyang tak boleh masuk syurga ke ?”; “apa ko ingat orang tak pakai tudung tak dapat masuk syurga ke ?”; “sibuklah dia ni, orang sembahyang dan pakai tudung pun belum gerenti boleh masuk syurga tahu”.

       “Benar, orang yang sembahyang dan memakai tudung tidak gerenti masuk syurga, tapi orang yang tidak sembahyang dan tidak memakai tudung memang gerenti masuk neraka”. Itulah jawaban yang paling lunak pernah kedengaran.

BALASAN BAIK ATAU BALASAN BURUK.

       Mengapa pemikiran atau ungkapan tersebut dianggap menyeleweng atau bertentangan dengan akidah Islam yang murni ?

       Ungkapan tersebut seakan-akan menafikan sifat keadilan ALLAH (s.w.t) terhadap hamba-hambanya yang beramal salih. Sedangkan ALLAH tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sama sekali.

       Firman ALLAH dalam surah al-Nisa’ ayat 124:

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنْ فَأُوْلَئِكَ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يُظْلَمُوْنَ نَقِيْراً.

“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal salih, baik lelaki atau wanita sedangkan ia orang yang beriman. Maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianayai walau sedikitpun.

      Firman ALLAH dalam surah Ibrahim ayat 51:

لِيَجْزِيَ اللهُ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ إِنَّ اللهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ

“Agar ALLAH memberi pembalasan kepada tiap-tiap orang terhadap apa yang ia usahakan. Sesungguhnya ALLAH Maha Cepat hisabNya”.

      Dan firman ALLAH dalam surah al-Najm ayat 31:

وَللهِ ماَ فِي السَّمَواَتِ وَماَ فِي اْلاَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِيْنَ اَسَئُوْا بِمَا عَمِلُوْا وَيَجْزِيَ الَّذِيْنَ اَحْسَنُوْا بِالْحُسْنىَ

“Dan hanya kepunyaan ALLAH apa yang ada di langit dan dan di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)”.

       Dan firman ALLAH dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang menuntut supaya manusia mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan yang dimurkai ALLAH.

يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ اَمَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللهَ، إِنَّ اللهَ خَبِيْرٌ بِمَا تَعْمَلُوْنَ. وَلاَ تَكُوْنُوا كَالَّذِيْنَ نَسُوا اللهَ فَأَنْسَهُمْ اَنْفُسَهُمْ، أُوْلَئِكَ هُمُ الْفَسِقُوْنَ. لاَ يَسْتَوِى اَصْحَابُ النَّارِ وَاَصْحاَبُ الْجَنَّةِ، اَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفَائِزُوْنَ.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini)”.

       Apa yang pasti ALLAH (s.w.t) tidak akan menyalahi atau memungkiri janjiNya sebagaimana dijelaskan dalam surah al-Zumar ayat 20:

لَكِنِ الَّذِيْنَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ غُرَفٌ مِّنْ فَوْقِهَا غُرَفٌ مَّبْنِيَةٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا اْلاَنْهَرُ، وَعْدَ اللهِ لاَ يُخْلِفُ اللهُ اْلمِيْعَادَ

“Tetapi orang-orang bertakwa kepada Tuhanya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun/dibina pula tempat-tempat yang tinggi di bawahnya mengalir sungai-sungai. ALLAH telah berjanji dengan sebenar-benarnya. ALLAH tidak akan memungkiri janjiNya”.

~ oleh ashabulmuslim di Mei 31, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: