Kisah Disebalik Sebatang Kayu

       Di sebuah perkampungan yang terletak di pinggir laut terdapat seorang kaya dan miskin yang disukai oleh penduduk kampung kerana kedua-duanya mempunyai sifat jujur, amanah dan takwa. Di samping itu kedua-duanya turut mempunyai akhlak-akhlak terpuji yang lain seperti merendah diri, suka membantu orang lain dan sebagainya.

       Pada suatu hari lelaki yang miskin telah menghadapi masalah kewangan yang teruk. Dan beliau berkata kepada dirinya sendiri: “Sesungguhnya bumi ALLAH ini luas, mengapa aku tidak mencuba nasibku di tempat lain ?” Kemudian beliau bertanya pada dirinya sendiri : “akan tetapi dimanakah aku ingin mendapatkan wang untuk membolehkan aku pergi ke tempat lain bagi mencari rezeki ?”. Setelah berfikir panjang untuk mencari jalan penyelesaian beliau telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan lelaki kaya.

       Sesampai di rumah lelaki kaya beliau dipelawa masuk ke dalam rumah. Setelah seketika lelaki miskin berkata: “aku ingin memohon sedikit pertolongan dari engkau”. Lelaki yang kaya dengan riak air muka yang tenang dan gembira menjawab: “sebutkan apa sahaja bentuk pertolongan yang kau pinta, dan ALLAH akan membantuku untuk memenuhi permintaanmu, insya allah”. Lelaki miskin berkata: “sesungguhnya aku berhajat untuk pergi merantau ke tempat lain bagi membolehkan aku mencari rezeki ALLAH, justeru itu aku ingin meminjam sedikit wang dari kamu”. Setelah berfikir sejenak, dengam senyuman lelaki kaya bertanya: “Berapakah yang kau perlukan wahai saudaraku ?”. Lelaki miskin menjawab: “Aku memerlukan lebih kurang sebanyak RM 50,000.00”.  Lelaki kaya terkejut mendengar nilai yang dipinta seraya berkata: “Sesungguhnya ia adalah nilai yang besar”. Lelaki miskin berkata: “nilai sebanyak itu adalah sebagai modal permulaan bagi perniagaanku ditempat lain. Dan aku berjanji akan memulangkanya selepas tiga bulan kemudian”. Setelah berfikir sejenak lelaki kaya berkata: “baiklah aku bersetuju untuk memberi pinjam kepada engkau dengan nilai sebanyak mana yang kau pinta, tetapi aku memerlukan seorang penjamin yang boleh memberi jaminan atas pinjaman tersebut”. Lelaki miskin dengan perasaan gembira berkata: “sesungguhnya penjaminku sudah ada dan telah bersedia”. Lelaki kaya terkejut dan tercengang seketika dan kemudian berkata: “baiklah, tolong panggilkan penjaminmu ke sini segera”.

       Dengan senyuman lelaki miskin berkata: “penjaminku sentiasa bersamaku setiap masa dan ketika, iaitu ALLAH”. Mendengar percakapan tersebut lelaki kaya tertawa dan berkata: “benar sekali wahai saudaraku sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik penjamin, akan tetapi engkau perlu mencari seseorang untuk menjadi saksi atas urusan pinjaman ini”. Lelaki miskin menjawab: “sesungguhnya saksiku adalah ALLAH yang tidak tidor dan tidak lalai walau sedetikpun, dan dia adalah sebaik-baik saksi”. Lelaki kaya berkata dengan penuh keimanan terhadap ALLAH: “jika begitu engkau ambillah wang ini (RM 50,000.00) dan aku mendoakan semoga engkau berjaya dalam perniagaanmu”.

       Lelaki miskin pun telah memulakan perniagaannya di tempat lain, berkat kegigihan dan kejujuranya dalam perniagaan telah membolehkannya memperolehi RM 150,000.00 dalam tempoh kurang dari tiga bulan. Dengan perasaan gembira beliau berkata pada dirinya: “al-Hamdulillah yang telah mengurniakan rezeki ini kepadaku, sekarang aku perlu kembali ke kampungku, bagi membolehkan aku memulangkan wang yang kupinjam seperti waktu yang kujanjikan”. Setelah membuat persedian untuk kembali ke kampung halamanya. Beliau telah pergi ke pelabuhan untuk mendapatkan kapal tetapi sesampai sahaja di sana beliau dimaklumkan bahawa untuk seketika tiada kapal yang akan belayar disebabkan oleh keadaan laut bergelora untuk suatu tempoh yang agak lama. Lelaki miskin pun berkata pada dirinya: Bagaimana ini, apa yang harus aku buat, sepatutnya aku perlu memulangkan duit ini mengikut tempoh yang telah aku janjikan. Bagaimana aku boleh memalukan penjamin dan saksiku iaitu ALLAH ?”

       Setelah berfikir sejenak bagi mendapatkan jalan penyelesaian beliau berkata pada dirinya: “aku akan mengirim wang ini menerusi penjamin dan saksiku; ALLAH (s.w.t)”. Lantas beliau pun pergi membeli sebatang kayu balak, kemudian menebuk sebuah lubang dan seterusnya beliau memasukan wang sebanyak RM 50,000.00 berserta surat kepada si kaya”.Setelah menutup lubang tersebut dengan baik, beliau membawa kayu balak tersebut ke pantai lalu menghanyutkanya seraya berkata: “Ya ALLAH, sesungguhnya engkau mengetahui bahawa aku telah meminjam wang dari lelaki kaya sebanyak RM 50,000.00. Ketika beliau memintaku membawa penjamin, aku mengatakan Engkau ya ALLAH adalah sebaik-baik penjamin, dan ketika beliau meminta seorang saksi, aku mengatakan bahawa engkau adalah sebaik-baik saksi, dan beliau (sikaya) redha (menerima) Engkau sebagai penjamin dan saksi. Sesungguhnya aku telah berusaha untuk mendapatkan kapal bagi menunaikan janjiku terhadap sikaya tetapi aku gagal, kini aku menyerahkan amanah ini kepadaMu ya ALLAH untuk disampaikan kepada si kaya kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik penjamin dan saksi”. Lelaki miskin tersebut berdiri di pantai sehingga kayu balak yang dihayutkan hilang dari pandanganya.

       Semenjak dari itu, setiap hari beliau akan ke pelabuhan bagi bertanyakan tentang kapal-kapal yang akan berlayar ke kampung halamanya tetapi masih gagal untuk berbuat demikian. Setelah tiga bulan berlalu, lelaki kaya menghadapi masalah kewangan yang teruk, dan beliau merasa gusar dengan janji lelaki miskin untuk mengembalikan wangnya dalam tempoh tiga bulan. Dan beliau berkata pada dirinya: “mengapa aku tidak pergi sahaja ke pelabuhan, mudah-mudahan beliau telah kembali dan bolehlah aku mengambil kembali wang aku darinya”. Sesampai di pelabuhan beliau dimaklumkan bahawa tiada pelayaran disebabkan oleh keadaan laut yang bergelora”.      

      Dalam perjalanan pulang ke rumah, lelaki kaya ternampak sebatang kayu balak yang terapung dengan perasaan gembira beliau berkata: “bolehlah aku ambil kayu ini untuk dijadikan sebagai bahan bakar pada musim dingin kelak”. Setelah sampai di rumah, lelaki kaya tersebut mula memotong kayu tersebut, dan beliau merasa terkejut dan gembira kerana duit bertaburan keluar dari kayu tersebut seraya berkata: “al-Hamdulillah atas rezeki yang diberikan, bolehlah aku mengatsi masalah kewangan yang sedang aku hadapi”. Sedang beliau sibuk mengumpul wang yang bertaburan beliau telah mejumpai surat yang ditulis oleh si miskin kepadanya. Lantas beliau menangis kegembiraan sambil berkata: “sesungguhnya wang telah dikembalikan kepadaku. Dan si miskin adalah seorang yang jujur lagi amanah”.

       Setelah beberapa bulan berlalu si miskin telah berjaya kembali ke kampung halamanya, sebaik sampai sahaja beliau terus ke rumah lelaki kaya dan memohon maaf di atas keterlewatanya membayar hutang sebagaimana yang dijanjikan. Dan beliau menyerahkan wang sambil berkata “ini adalah wang sebanyak RM 50,000.00 yang ku pinjam darimu dahulu”. Lelaki kaya berkata: “Demi ALLAH aku tidak akan mengambilnya sehinggalah engkau menceritakan apakah yang engkau telah lakukan ketika engkau tidak mendapati sebarang kapal pelayaran untuk kembali ke sini”. Lantas si miskin pun menceritakan tentang kisahnya dan si kaya pun tertawa mendengar kisah tersebut dan berkata: “Sesungguhnya penjaminmu dan saksimu telah mengembalikan wang yang kau pinjam dariku dengan selamat tanpa kurang sedikitpun, ambilah kembali wang ini, dan semoga ALLAH memberkatimu”.

~ oleh ashabulmuslim di Jun 24, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: